Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah berlaku apabila suami gagal menunaikan nafkah semasa perkahwinan. Ia dianggap sebagai hutang dan boleh dituntut di Mahkamah Syariah mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam serta Hukum Syarak.
Tunggakan nafkah berlaku apabila suami gagal menunaikan nafkah semasa perkahwinan. Ia dianggap sebagai hutang dan boleh dituntut di Mahkamah Syariah mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam serta Hukum Syarak.
Mut’ah ialah bayaran saguhati wajib kepada bekas isteri selepas perceraian, sebagai tanda penghargaan atas khidmatnya semasa perkahwinan. Ia boleh dituntut di Mahkamah Syariah jika bekas suami berkemampuan.
Khulu’ atau tebus talak ialah penceraian atas permintaan isteri dengan bayaran pampasan kepada suami. Ia termasuk talak ba’in sughra yang memutuskan perkahwinan sepenuhnya dan hanya boleh dirujuk semula dengan akad dan mas kahwin baru.
Perintah Interim Hadhanah ialah permohonan hak jagaan anak sementara semasa kes utama hadhanah masih berjalan di Mahkamah Syariah. Ia diperuntukkan di bawah Seksyen 197 dan 201 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2023.
Perjanjian penyelesaian ialah alternatif kepada perbicaraan mahkamah yang membolehkan pihak-pihak menyelesaikan pertikaian secara damai. Ia menjimatkan masa, kos, dan tekanan serta boleh merangkumi isu seperti nafkah, hadhanah, dan hak selepas perceraian.
Saman fitnah boleh diambil jika seseorang menyebarkan tuduhan palsu secara lisan (slander) atau bertulis (libel) yang mencemar nama baik anda. Ia mesti melibatkan kenyataan fitnah, ditujukan kepada anda, dan disebarkan kepada umum.
Hibah ialah pemberian harta semasa hidup tanpa balasan. Ia adalah instrumen penting dalam perancangan harta Islam dan boleh disahkan di Mahkamah Syariah. Harta yang telah dihibahkan tidak lagi tertakluk kepada faraid.
Prima facie merujuk kepada bukti awal yang cukup untuk membuktikan kesalahan tertuduh dalam prosiding jenayah. Jika dibuktikan oleh pendakwa, tertuduh perlu membela diri; jika gagal, tertuduh akan dibebaskan tanpa perlu membela diri.
Surat tuntutan (LOD) ialah amaran awal sebelum kes difailkan—masih boleh dirunding. Saman pula bermaksud kes sudah difailkan di Mahkamah. Kena respon segera atau berisiko kena penghakiman ingkar.
WhatsApp us