Hibah & Harta Pusaka

Article » Hibah & Harta Pusaka

Waris Patah Titi

Waris patah titi ialah cucu yang kehilangan ibu/bapa sebelum datuk atau nenek meninggal. Mengikut faraid, mereka terhalang daripada menerima pusaka kerana adanya bapa/ibu saudara yang menjadi asabah. Namun, melalui konsep wasiat wajibah, cucu ini tetap berhak menerima sebahagian harta datuk/nenek — dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.

Baca Lagi »

Pusaka

Pusaka merujuk kepada semua harta yang ditinggalkan si mati, sama ada alih atau tak alih. Ramai sangka pusaka = faraid, tapi sebenarnya faraid hanyalah salah satu kaedah pembahagian mengikut syarak. Selain faraid, ada juga kaedah lain seperti hibah, wasiat, nazar, amanah dan wakaf. Semua kaedah ini bertujuan memastikan harta diagihkan adil dan mengikut undang-undang, sama ada melalui Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil.

Baca Lagi »

Pindah Milik Kasih Sayang

Pindah milik kasih sayang ialah proses pertukaran nama pemilikan hartanah antara ahli keluarga tanpa bayaran. Urusan ini tertakluk kepada syarat Pejabat Tanah, dan pengecualian duti setem tersedia untuk pasangan suami isteri dan ibu bapa-anak. Ketahui langkah penting sebelum memulakan proses ini.

Baca Lagi »

Hibah

Hibah ialah pemberian harta semasa hidup tanpa balasan. Ia adalah instrumen penting dalam perancangan harta Islam dan boleh disahkan di Mahkamah Syariah. Harta yang telah dihibahkan tidak lagi tertakluk kepada faraid.

Baca Lagi »