Perundangan Keluarga Islam

Article » Perundangan Keluarga Islam
Ibu memegang tangan anak sebagai tanda sokongan selepas perceraian

Tuntutan Nafkah

Tuntutan nafkah anak adalah hak yang dijamin oleh undang-undang Syariah. Walaupun selepas perceraian, bapa tetap bertanggungjawab menanggung keperluan anak seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Baca Lagi »
Simbol keluarga di hadapan tukul mahkamah menandakan keputusan hak penjagaan anak

Hak Penjagaan Anak

Hak penjagaan anak atau hadhanah selepas perceraian ditentukan berdasarkan kepentingan terbaik anak. Mahkamah Syariah menilai faktor seperti umur, kestabilan emosi, dan kemampuan penjaga sebelum membuat keputusan.

Baca Lagi »
peguam dalam sut rasmi memegang timbangan keadilan sebagai simbol undang-undang di atas meja

Hakam

Hakam ialah penimbang tara dilantik oleh keluarga atau Mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga (shiqaq) antara suami isteri. Jika Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal, Majlis Tahkim akan dijalankan sama ada melalui Hakam Kerabat atau Hakam Mahkamah. Bezanya, talaq di peringkat kerabat adalah raji’ (boleh rujuk semula), manakala talaq di peringkat mahkamah adalah bain sughro (tidak boleh rujuk kecuali dengan akad nikah baru).

Baca Lagi »

Faraid

Faraid ialah sistem pembahagian harta pusaka Islam yang menetapkan bahagian waris secara adil mengikut Hukum Syarak. Ia merangkumi harta alih dan tidak alih, dan perlu dituntut secara sah di Mahkamah Syariah bagi mengelakkan pembekuan harta pusaka di Baitumal.

Baca Lagi »

Tunggakan Nafkah

Tunggakan nafkah berlaku apabila suami gagal menunaikan nafkah semasa perkahwinan. Ia dianggap sebagai hutang dan boleh dituntut di Mahkamah Syariah mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam serta Hukum Syarak.

Baca Lagi »

Mut’ah

Mut’ah ialah bayaran saguhati wajib kepada bekas isteri selepas perceraian, sebagai tanda penghargaan atas khidmatnya semasa perkahwinan. Ia boleh dituntut di Mahkamah Syariah jika bekas suami berkemampuan.

Baca Lagi »

Tebus Talak @ Khulu’

Khulu’ atau tebus talak ialah penceraian atas permintaan isteri dengan bayaran pampasan kepada suami. Ia termasuk talak ba’in sughra yang memutuskan perkahwinan sepenuhnya dan hanya boleh dirujuk semula dengan akad dan mas kahwin baru.

Baca Lagi »

Interim Hadhanah

Perintah Interim Hadhanah ialah permohonan hak jagaan anak sementara semasa kes utama hadhanah masih berjalan di Mahkamah Syariah. Ia diperuntukkan di bawah Seksyen 197 dan 201 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2023.

Baca Lagi »