Komital

Komital

Komital ialah tindakan undang-undang terhadap pihak yang ingkar perintah mahkamah. Jika seseorang melanggar perintah seperti hak jagaan anak, nafkah atau kes kebankrapan, mahkamah boleh menguatkuasakannya melalui proses komital. Individu yang ingkar boleh dikenakan hukuman kurungan atau penjara sebagai penghinaan mahkamah.

Waris Patah Titi

Waris Patah Titi

Waris patah titi ialah cucu yang kehilangan ibu/bapa sebelum datuk atau nenek meninggal. Mengikut faraid, mereka terhalang daripada menerima pusaka kerana adanya bapa/ibu saudara yang menjadi asabah. Namun, melalui konsep wasiat wajibah, cucu ini tetap berhak menerima sebahagian harta datuk/nenek — dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.

peguam dalam sut rasmi memegang timbangan keadilan sebagai simbol undang-undang di atas meja

Hakam

Hakam ialah penimbang tara dilantik oleh keluarga atau Mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga (shiqaq) antara suami isteri. Jika Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal, Majlis Tahkim akan dijalankan sama ada melalui Hakam Kerabat atau Hakam Mahkamah. Bezanya, talaq di peringkat kerabat adalah raji’ (boleh rujuk semula), manakala talaq di peringkat mahkamah adalah bain sughro (tidak boleh rujuk kecuali dengan akad nikah baru).

Pusaka

Pusaka

Pusaka merujuk kepada semua harta yang ditinggalkan si mati, sama ada alih atau tak alih. Ramai sangka pusaka = faraid, tapi sebenarnya faraid hanyalah salah satu kaedah pembahagian mengikut syarak. Selain faraid, ada juga kaedah lain seperti hibah, wasiat, nazar, amanah dan wakaf. Semua kaedah ini bertujuan memastikan harta diagihkan adil dan mengikut undang-undang, sama ada melalui Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil.

Asabah

Asabah

Asabah ialah waris yang mewarisi baki harta pusaka selepas bahagian fardu diagihkan, biasanya terdiri daripada waris lelaki. Pemahaman tentang asabah penting agar hak pusaka tidak dibekukan dan boleh dituntut secara sah menurut undang-undang faraid di Malaysia.

Faraid

Faraid

Faraid ialah sistem pembahagian harta pusaka Islam yang menetapkan bahagian waris secara adil mengikut Hukum Syarak. Ia merangkumi harta alih dan tidak alih, dan perlu dituntut secara sah di Mahkamah Syariah bagi mengelakkan pembekuan harta pusaka di Baitumal.